Pemasangan Penghawa Dingin

Pemasangan Penghawa Dingin

Golongan sasaran bagi kursus ini termasuklah seorang yang masih baharu dalam bidang kerja-kerja binaan atau penyelenggaraan bangunan disebabkan ianya disampaikan daripada ilmu asas penyelenggaraan bangunan. Selain itu, individu yang berminat serta ingin mempelajari ilmu ini juga adalah amat digalakan.

OBJEKTIF
Kursus ini bertujuan untuk mencapai perkara-perkara berikut:
– Mendapat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang elektrikal dan penghawa dingin secara serentak;
– Mengenalpasti sistem pendawaian elektrik;
– Mengenalpasti komponen-komponen elektrik;
– Membuat lakaran lukisan dalam kerja-kerja pendawaian elektrik satu fasa dan tiga fasa;
– Membuat pendawaian elektrik satu fasa dan tiga fasa;
– Menginterpretasi lukisan pendawaian elektrik;
– Mengetahui sistem penghawa dingin;
– Mengenalpasti komponen luaran dan dalaman unit penghawa dingin;
– Membuat pemasangan unit penghawa dingin;
– Mencuci unit penghawa dingin;
– Mengisi gas pada sistem penghawa dingin;
– Melakukan kerja-kerja overhaul sistem penghawa dingin;
– Mengenalpasti kerosakan pada sistem dan unit penghawa dingin;
– Menyediakan bahan, penggunaan mesin dan peralatan;
– Membuat anggaran kos peralatan, bahan guna habis serta kos berkaitan;
– Mendapat pengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan ditempat kerja;
– Mengetahui asa pendaftaran perniagaan, ilmu perniagaan dan kaedah memasarkan perniagaan.

KANDUNGAN PROGRAM
Kandungan program ini adalah:
– Apakah sistem pendawaian elektrik?
– Apakah komponen-komponen elektrik?
– Proses membuat lakaran lukisan dalam kerja-kerja pendawaian elektrik satu fasa dan tiga fasa.
– Kerja-kerja pendawaian elektrik satu fasa dan tiga fasa.
– Kaedah menginterpretasi lukisan pendawaian elektrik.
– Apakah sistem penghawa dingin?
– Apakah komponen luaran dan dalaman unit penghawa dingin?
– Proses pemasangan unit penghawa dingin.
– Proses mencuci unit oenghawa dingin.
– Proses mengisi gas pada sistem penghawa dingin.
– Proses melakukan kerja-kerja overhaul sistem penghawa dingin.
– Proses mengenalpasti kerosakan pada sistem dan unit penghawa dingin.
– Mengenalpasti bahan, penggunaan mesin dan peralatan.
– Membuat anggaran kos peralatan, bahan guna habis serta kos berkaitan.
– Aspek keselamatan dan kesihatan ditempat kerja.
– Asas pendaftaran perniagaan, ilmu perniagaan dan kaedah memasarkan perniagaan.

HASIL PEMBELAJARAN
Selepas tamat kursus ini, pelajar akan mendapat:
– Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang elektrikal dan penghawa dingin secara serentak;
– Mengetahui komponen-komponen elektrik?;
– Mahir dalam membuat lakaran lukisan dalam kerja-kerja pendawaian elektrik satu fasa dan tiga fasa;
– Mahir dalam kerja-kerja pendawaian elektrik satu fasa dan tiga fasa;
– Mahir menginterpretasi lukisan pendawaian elektrik;
– Mengetahui sistem penghawa dingin;
– Mengetahui komponen luaran dan dalaman unit penghawa dingin;
– Mahir dalam proses pemasangan unit penghawa dingin;
– Mahir dalam proses mencuci unit penghawa dingin;
– Mahir dalam proses mengisi gas pada sistem penghawa dingin;
– Mahir dalam proses melakukan kerja-kerja overhaul sistem penghawa dingin;
– Mahir dalam proses mengenalpasti kerosakan pada sistem dan unit penghawa dingin;
– Kemahiran dalam membuat anggaran kos peralatan, bahan guna habis serta kos berkaitan;
– Berpengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan ditempat kerja;
– Mendapat pengetahuan dan kemahiran dalam asas pendaftaran perniagaan, ilmu perniagaan dan kaedah pemasaran perniagaan.

KAEDAH PENYAMPAIAN
Penyampaian dibuat secara kuliah dan amali atau sesi praktikal. Sesi pembelajaran secara teori adalah sebanyak 30% dan selebihnya 70% adalah secara ‘hands-on’ atau secara amali.