Tentang Think Big Training

Mengenai kami

Think Big Training adalah syarikat penyedia latihan dan konsultansi yang memfokuskan program pembangunan kemahiran teknikal dan keusahawanan di seluruh Sarawak khasnya. Think Big Training pada asalnya bermula dengan nama Syarikat Bidang Megah yang telah ditauliahkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau CIDB pada tahun 2013 hingga kini sebagai Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor CIDB Malaysia dengan kod pentauliahan pusat 000087k.

Bagi bergerak dengan lebih agresif, fleksibel serta menyesuaikan bidang latihan dan konsultansi, kita telah mengambil inisiatif untuk melakukan penjenamaan semula atau ‘rebranding’ untuk Syarikat Bidang Megah ditukarkan kepada nama syarikat Think Big Training pada tahun 2015.

Bersyukur dengan penjenamaan semula ini, banyak kerjasama datang daripada pelbagai agensi dan menjadikan kita lebih berkeyakinan untuk menyumbang segala kepakaran dan pengetahuan yang ada melalui pasukan barisan hadapan dan pengajar kita terutamanya.

 

VISI

Menjadi penyedia latihan PERTAMA yang menjalankan program jangka pendek yang dirangka khas dalam KEMAHIRAN TEKNIKAL dan KEUSAHAWANAN secara kombinasi dalam bidang yang boleh menghasilkan impak yang tinggi di Asia.

MISI

Melatih serta melahirkan individu sehingga boleh MENJANA PENDAPATAN melalui program yang dirangka khas mengikut keperluan semasa bagi individu, industri dan negara.

FOKUS

Memfokuskan latihan KEMAHIRAN TEKNIKAL, DIGITAL SERTA KEUSAHAWANAN yang mengikut keperluan semasa dan boleh diaplikasikan secara individu untuk menjana pendapatan pelatih.

SALURAN LATIHAN INDUSTRI / PELUANG PEKERJAAN BAGI PESERTA TBT

  • Puncak Niaga Enterprise
  • Maze Network
  • Rayyan Saad Niaga
  • Subur Mekar Enterprise
  • Wira Kota Marketing & Services
  • Sara Media Global Sdn. Bhd.
  • Syarikat Bidang Megah
  • Kaizen Jaya Niaga
  • Kurnia Matang Sdn. Bhd.
  • Fourty Seven Enterprise

Hubungi Kami

PEJABAT : (082)-666919
H/P : 012-8790019
E-MAIL : aahamtbt@gmail.com
FACEBOOK : Think BIG Training